Penjawat Awam Negeri Johor Sambut Baik Pelancaran Sistem PADU

JOHOR BAHRU, 14 Januari – Penjawat Awam yang bertugas di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang terletak di Kota Iskandar, Iskandar Puteri mengambil kesempatan mendapatkan bantuan mengisi maklumat di kaunter pengisian sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dibuka oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor, di pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor, di sini, hari ini.
Mereka yang hadir diberikan penerangan ringkas mengenai penubuhan sistem PADU dan seterusnya dibantu untuk mengisi borang maklumat secara dalam talian menerusi laman web PADU, www.padu.gov.my dengan mengunakan komputer riba dan paparan digital yang disediakan oleh pihak DOSM Johor.
Pengguna juga diberi pendedahan untuk mengisi borang PADU menerusi telefon bimbit masing-masing.
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.
Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu membuat pengemaskinian maklumat isi rumah dan profil individu di sistem PADU.

Artikel/Berita Terkini

TEMPAT KERJA PERLU JADI BENTENG AWAL BANTERAS DADAH – RINA

RASMI: Rina (Tengah) Ketika Hadir Merasmikan Seminar Pemerkasaan Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Negeri Sabah. KOTA KINABALU: Tempat kerja perlu …

PETROL, LPG DAN MINYAK MASAK RM104,138 DIRAMPAS DI TAWAU

RAMPAS: Suspek Bersama Barangan Kawalan Bersubsidi Yang Dirampas Diserahkan Kepada KPDN Untuk Tindakan Dan Siasatan Lanjut. TAWAU: Sebanyak 220 liter …

TINDAKAN PEMBANTERASAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH DI TERENGGANU

Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di Terengganu masih menjadi kebimbangan utama pihak berkuasa. Lokasi negeri yang …