SASAR 2 JUTA RAKYAT JOHOR DAFTAR PADU

Seramai 112,524 rakyat Johor sudah membuat pendaftaran di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga kelmarin sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lalu.
Jumlah ini akan terus meningkat dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM Johor) akan terus bergerak aktif bagi menggalakkan lebih ramai rakyat negeri ini mendaftar sistem PADU sehingga penghujung Mac depan.
Bagi tujuan itu, DOSM Johor telah membuka kaunter di Pejabat Daerah seluruh negeri ini selain pengoperasian kaunter bergerak di pelbagai acara program anjuran Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta di kawasan kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Rakyat Johor juga boleh hadir ke pejabat DOSM negeri ini di Johor Bahru, Kluang, Muar dan Batu Pahat bagi mengemaskini maklumat isi rumah dan profil individu di sistem PADU.
Pada masa sama, pegawai DOSM Johor juga akan berada di Pusat Ekonomi Digital Johor (PEDI) terpilih bagi menggalakkan orang ramai mendaftar dan seterusnya meningkatkan peratusan bagi mencapai sasaran 2 juta pendaftaran.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …