Seramai 550 keluarga masyarakat Cina di sekitar kawasan Parlimen Bakri menerima kurniaan bantuan makanan daripada DYMM Sultan Johor.
Kurniaan bantuan makanan disampaikan menerusi Yayasan Sultanah Fatimah (YSF) sebagai persediaan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada bulan hadapan.
Sumbangan disampaikan YB Mejar Cina Dato’ David Wong, Pengerusi YSF kepada penerima pada majlis yang berlangsung di Persatuan Seu Teck Sean Tong Muar, pada 14 Januari.
“YSF amat berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima khususnya dalam membuat persediaan Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi.
“Pada masa sama, rakyat juga amat gembira dengan kurniaan daripada DYMM Sultan Johor, di mana Baginda amat dekat dihati rakyat,” katanya.
Hadir sama, YB Tan Hong Pin, Ahli Parlimen Bakri, YB Ng Yak Howe, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan dan YB Nazri Abdul Rahman, ADUN Simpang Jeram.
Foto Royal Press Office