SELUDUP DIESEL SUBSIDI BERNILAI LEBIH RM15 JUTA, 12 LELAKI DITAHAN

KLANG, 11 JAN: Sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi tumpas apabila polis menahan 12 lelaki dan merampas pelbagai barang termasuk 1.02 juta liter minyak diesel, yang dianggarkan bernilai RM15.18 juta di Klang, Selangor pada 9 Januari 2024.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata 10 warga asing dan dua lelaki tempatan itu, ditahan sepasukan polis daripada Wildlife Crime Bureau/ Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK).

Beliau berkata dalam operasi itu, polis turut merampas 18 buah lori tangki minyak, 16 buah tangki skid yang setiap satu dianggarkan mengandungi 2,000 hingga 114,640 liter minyak diesel, 14 buah pam minyak dan dua buah buku stok keluar masuk minyak diesel.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Hazani berkata bagi tempoh 1 hingga 10 Jan tahun ini, WCB/PSK telah melancarkan 13 serbuan dengan jumlah nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM39.25 juta dan telah menahan seramai 40 individu.

Beliau berkata polis komited bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi untuk memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan.

“Kerjasama orang ramai dalam penyaluran maklumat kepada pihak berkuasa amatlah digalakkan, agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …