1.4 JUTA AHLI KWSP TERIMA INSENTIF CARUMAN TAMBAHAN KERAJAAN RM500

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 hingga bawah 55 tahun.

Dalam kenyataannya, dana persaraan itu berkata insentif berkenaan diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing setakat 24 Februari 2023.

“Insentif caruman RM500 sekali bayaran ini yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

“Ini sejajar dengan matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara signifikan kepada matlamat lebih luas bagi membina masa depan kewangan yang berdaya tahan,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai Insentif Caruman Tambahan Kerajaan itu boleh diperoleh menerusi rujukan soalan lazim di laman sesawang rasmi www.kwsp.gov.my atau Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03-8922 6000.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut