BUKA RERUAI BANTU RAKYAT DAFTAR PADU

Bagi mengelakkan rakyat yang layak menerima manfaat subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial daripada tercicir menerimanya, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang mengambil inisiatif untuk membuka reruai bagi pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon, reruai bergerak tersebut telah dibuka dengan kerjasama pihak Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sembilan di Pasar Malam Taman Bukit Galena, Seremban, semalam.

Memandangkan garis masa untuk mengemas kini data tersebut adalah tiga bulan sahaja iaitu sehingga 31 Mac depan, booth yang dibuka di kawasan tumpuan orang ramai itu diharap dapat membantu lebih ramai orang khususnya penduduk di kawasan sekitar DUN Bukit Kepayang untuk melengkapkan data masing-masing.

Pihaknya juga merancang untuk membuka reruai serupa di beberapa lokasi lain di dalam kawasan DUN berkenaan yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk bagi tujuan memberikan penerangan ringkas mengenai PADU. Reruai berkenaan perlu melibatkan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia kerana ia melibatkan data peribadi orang ramai.

Peluncuran PADU telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu. PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …