MBS Arah Kedai Gunting Rambut Diuruskan Warga Asing Ditutup Serta-Merta

Tindakan penguatkuasaan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) terhadap premis perniagaan diuruskan oleh warga asing terus agresif dan terbaharu pada petang semalam sebuah premis kedai gunting rambut telah diarahkan tutup serta-merta.

Menurut Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad, lebih mengejutkan, premis yang terletak di Putra Point Nilai, Nilai di sini itu juga didapati beroperasi tanpa lesen.

Semasa pemeriksaan dilakukan oleh anggota penguat kuasa MBS Cawangan Nilai, terdapat seorang pekerja warga asing berusia lingkungan 25 tahun cuba untuk melarikan diri.

Hasil siasatan lanjut mendapati, selain premis berkenaan diuruskan warga asing, premis itu juga didapati telah beroperasi tanpa lesen hampir tiga bulan lalu. Kesalahan lain turut dikesan juga mendapati premis berkenaan mempamerkan iklan tanpa lesen.

Berikutan kesalahan-kesalahan yang dilakukan tersebut, dua notis penutupan serta-merta ke atas premis perniagaan terbabit telah dikeluarkan iaitu notis pemberitahuan kesalahan beroperasi tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil 3 Tred MBS.

Selain itu, satu notis pemberitahuan kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen dibawah Undang-Undang Kecil Iklan MBS 1980 dan satu notis pemberitahuan kesalahan langgar syarat lesen dibawah Undang-Undang Kecil 6 Tred MBS.

Satu notis pemberitahuan sitaan barangan juga dikeluarkan. Antara barang yang disita terdiri daripada dua unit kerusi panjang, tiga unit kerusi sofa kecil dan tiga unit kerusi gunting rambut.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …