ENAM TERMASUK TIGA PELAJAR DITAHAN BUAT AKSI ‘SUPERMAN’

Enam lelaki termasuk tiga pelajar ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dengan aksi ‘Superman’ di kawasan sekitar Port Dickson.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed, kesemua mereka berumur antara 17 hingga 28 tahun itu ditahan menerusi Op Samseng Jalanan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 yang bermula pada jam 9 malam hingga 4 pagi Isnin.

Perbuatan yang dilakukan sekumpulan remaja tersebut boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Ekoran itu, pihaknya turut merampas keenam-enam motosikal mereka dan dibawa ke IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …