DIURUSKAN WARGA ASING: 40 PREMIS PERNIAGAAN DI SEREMBAN DIARAH TUTUP TAHUN LEPAS

Hampir 40 buah premis perniagaan di daerah ini diarahkan tutup serta-merta sepanjang tahun lepas selepas didapati diuruskan oleh warga asing.

Menurut Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Hanizam Ahmad, tindakan tegas itu diambil kerana telah melanggar syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh pihak MBS.

Bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang, operasi berkala akan terus dijalankan oleh pihak penguatkuasaan supaya peraturan dan undang-undang dapat dipatuhi oleh pemilik premis berlesen.

Sementara itu dalam hal berkaitan, sebanyak dua premis perniagaan di Nilai telah diarahkan tutup serta-merta oleh MBS Cawangan Nilai atas kesalahan sama dalam operasi yang dijalankan pada 30 Disember 2023 lalu.

Operasi dijalankan di Jalan Desa Kolej dan Putra Indah itu melibatkan dua premis perniagaan iaitu kedai gunting rambut dan premis mencuci kereta. Daripada pemeriksaan yang dijalankan dalam operasi tersebut mendapati, kedua-dua premis tersebut mempunyai lesen perniagaan daripada MBS tetapi diuruskan oleh warga asing yang masing-masing berusia 39 dan 31 tahun.

Berikutan itu, dua notis dikeluarkan dengan mengarahkan dua premis terbabit ditutup serta-merta dan dua notis pemberitahuan kesalahan langgar syarat lesen dibawah Seksyen Undang-Undang Kecil 3 Perlesenan Tred MBS. Satu notis pemberitahuan sitaan barangan juga dikeluarkan. Antara barangan disita adalah dua unit kerusi gunting rambut, tiga unit kerusi plastik, satu unit pengering rambut dan tiga unit mesin gunting rambut.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …