OPS PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTAS: OP NOMBOR PENDAFTARAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT

(Penguatkuasaan Undang-Undang)

Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menyatakan ;

Nombor pendaftaran bagi sesuatu kenderaan motor hendaklah dipamerkan pada plat nombor mengikut cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.

Anda boleh diambil tindakan dibawah Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu ;

Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM3,000.

Rujuk nombor pendaftaran kenderaan yang betul seperti dinyatakan dalam Kaedah 5 dan 6 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran Dan Pelesenan) 1959.

Tindakan mengubah nombor plat kenderaan dan tanpa mengikut piawaian ditetapkan dengan maksud tertentu sehingga mengelirukan atau sukar dibaca menyebabkan banyak implikasi. Lebih serius adalah penglibatan dalam kes jenayah yang memerlukan pengecaman pada nombor kenderaan menyebabkan individu ini terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sumber:

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …