OPS PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTAS: OP PARKIR HARAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT

(Penguatkuasaan Undang-Undang)

Kesalahan penjaga parking haram atau “ulat parking” dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menyatakan ;

Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.

Jika disabitkan kesalahan, “ulat parking” boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber:

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Artikel/Berita Terkini

SULTAN MIZAN MENCEMAR DULI MERASMIKAN WISMA AUDIT

Sultan Terengganu, Sultan Zainal Mizan Abidin merasmikan Wisma Audit Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur …
Maklumat Lanjut

APMM TERENGGANU TUMPAS BOT NELAYAN ASING VIETNAM

19 MEI 2024 – Hampir sejam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengejar dua kapal nelayan asing Vetnam yang menceroboh perairan …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI KESEDARAN AUTISME PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2024

Sambutan Hari Kesedaran Autisme Tahun 2024 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan. Majlis …
Maklumat Lanjut