DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pulau Pinang dan Amanat Ketua Polis Pulau Pinangย telah berlangsung di Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan disempurnakan oleh YDH CP Datoโ Khaw Kok Chin, Ketua Polis Pulau Pinang. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu โNegaraKuโ, โSang Saka Biruโ dan bacaan doa danย Lafaz Ikrar Taat Setia Kepada Raja dan Negara serta pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh semua warga Kontinjen Pulau Pinang yang dipimpin oleh ASP Kobinathan a/l Katan.
Dalam majlis yang sama, YDH Datoโ Khaw Kok Chin berbesar hati menganugerahkan sijil penghargaan kepada (21) Pegawai Kanan, (25) Pegawai Rendah Polis, (5) Pegawai Awam PDRM atas kejayaan, komitmen dan integriti yang tinggi ketika menjalankan tugas yang telah diamanahkan serta (1) sijil penghargaan kepada orang awam sebagai tanda menghargai jasa, usaha dan kerjasama erat yang terjalin antara PDRM Kontinjen Pulau Pinang dengan masyarakat.
Sumber : PDRM Pulau Pinang.ย https://www.facebook.com/PolisPulauPinang