JUMLAH MISKIN TEGAR DI NEGERI SEMBILAN TERUS CATAT PENURUNAN

Jumlah miskin tegar di Negeri Sembilan berjaya dikurangkan sehingga seramai 923 orang setakat semalam berdasarkan sistem pengkalan data keluarga miskin (eKasih).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia merupakan jumlah penurunan yang baik selepas jumlah miskin tegar di negeri ini pada bulan Februari lalu adalah seramai 3,350 orang.

Ia penurunan yang baik dan pihaknya berharap sehingga hujung bulan ini dapat  dinoktahkan miskin tegar di Negeri Sembilan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan bagi pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Linggi yang berkapasiti 250 MLD yang dijangka akan bermula pembinaan pada penghujung tahun hadapan.

“TAPS Linggi ini akan bertindak sebagai simpanan bekalan air mentah kepada Loji Rawatan Air (LRA) Linggi jika berlaku pencemaran Sungai Linggi pada masa hadapan,” katanya lagi.

Selain perancangan jangka masa panjang itu, Aminuddin berkata, pihak Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) akan memasang oil boom di muka sauk LRA Linggi sebagai langkah perlindungan kepada LRA Linggi sebagai tindakan jangka masa pendek.

Baru-baru ini media melaporkan pengesanan sisa minyak di Sungai Linggi yang menyebabkan penutupan operasi LRA Linggi.

Penutupan operasi loji ini adalah susulan pengesanan bau sekuat 6 Ton yang menyebabkan air sungai tersebut tidak dapat diproses sekali gus menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air kepada 42,000 akaun di sekitar daerah Seremban dan Port Dickson.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …