POLIS TAHAN 15 WARGA ASING TERBABIT CURI KAD PERALATAN TM

Seramai 21 orang ditangkap termasuk 15 orang lelaki warganegara asing selepas disyaki terlibat dalam sindiket kecurian kad peralatan (equipment card) Telekom Malaysia (TM).

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan pada 2 Disember lalu lebih kurang pukul 12.10 tengah hari telah menerima laporan berkenaan kejadian kecurian di Kabinet Equipment TM Tech di Bandar Springhill, Port Dickson.

Ekoran daripada maklumat berkenaan, jelasnya, pada 3 Disember lalu lebih kurang pukul 2.30 pagi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan Kontinjen Negeri Sembilan telah melakukan serbuan di kawasan sekitar Seksyen 36 Shah Alam, Selangor.

Serbuan berjaya menangkap seramai 15 lelaki warganegara asing berusia dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun dan merampas equipment card TM yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM50,000.

Pada 5 Disember lalu di antara pukul 1.30 tengah hari hingga 11.45 malam, pihak polis telah melaksanakan tangkapan susulan di tiga tempat berasingan di sekitar Selangor.

Tangkapan seramai tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 38 hingga 53 tahun telah dibuat. Semakan rekod terhadap kesemua tangkapan mendapati seorang daripada tiga lelaki yang ditangkap yang berumur 50-an mempunyai lima rekod lampau kesalahan jenayah berkaitan gangsterisme.

Menurut Ahmad Dzaffir, kesemua tangkapan telah direman empat hari sehingga esok manakala 15 orang warganegara asing yang ditangkap itu direman sehingga 20 Disember ini.

Susulan daripada itu, beliau memaklumkan, dua orang suspek utama di dalam kes ini juga telah ditangkap pada 5 Disember lalu oleh anggota Balai Polis Slim River, Perak semasa sedang melakukan jenayah mencuri equipment card TM. Dua suspek itu kini ditahan reman empat hari di IPD Mualim, Perak.

Penangkapan kesemua suspek setakat ini telah berjaya menyelesaikan lima kes kecurian equipment card TM di Negeri Sembilan dan satu kes di Perak. Siasatan lanjut terhadap tangkapan ini masih diteruskan. Siasatan kes ini dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …