PESARA GURU RUGI RM480,000 DITIPU SINDIKET SYARIKAT KURIER

Seorang pesara guru mengalami kerugian RM480,000 selepas ditipu sindiket penyamaran sebuah syarikat kurier dan pihak berkuasa dalam talian dalam kejadian pada bulan lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihak polis menerima laporan daripada mangsa seorang wanita berusia 56 tahun itu pada Rabu.

Pada 15 November lalu, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai ejen syarikat kurier dan juga pihak polis menyatakan bahawa ada bungkusan yang mengandungi bahan terlarang iaitu buku cek dan kad pengenalan yang didaftarkan atas nama mangsa.

Mangsa berasa lebih takut apabila diugut akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa dan seterusnya telah mengikuti segala arahan dengan menekan pautan yang diberikan dan berkongsi maklumat akaun bank miliknya bagi tujuan menyelesaikan masalah tersebut.

Selepas itu, dia berasa curiga dengan urusan tersebut sebelum membuat semakan akaun bank dan mendapati ada pengeluaran wang dari akaun miliknya sebanyak RM480,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya kepada pihak yang menyamar sebagai agensi kerajaan atau penguatkuasaan secara atas talian. Orang ramai juga dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis agar tidak menjadi mangsa penipuan. Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh menghubungi CCID Scam Response Cebtre di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …