850 KG MINYAK MASAK BERSUBSIDI DISITA KPDN KELANTAN

 

KOTA BHARU 28 Nov : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Tiris di sempadan negara sekitar Machang – Kota Bharu, Kelantan pada petang kelmarin.
Lokasi kejadian dipadang sebuah sekolah di Kg. Salor Kampong Pengkalan Kubor Salor, Kota Bharu, Kelantan pada jam 6.00 petang kelmarin.
Pasukan telah menyita anggaran 850 kilogram minyak masak bersubsidi bersama sebuah kenderaan Perodua Myvi berpendaftaran tempatan.
Suspek disyaki membawa muatan ke pengkalan haram untuk diseludup ke negara jiran, seterusnya kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Terdahulu pasukan operasi mengekori saspek sejauh 2 km dari Jalan Air Duri, Kota Bharu, setelah disedari saspek membawa kenderaan secara berbahaya memecut laju.
Seterusnya saspek masuk ke perkarangan sebuah sekolah, namun menemui jalan buntu di tengah padang bolasepak, lalu memberhentikan kenderaannya dan melulu melarikan diri dengan memanjat pagar sekolah menghilangkan diri dalam semak berhampiran tanpa dikesan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …