YM RAJA DATO’ KPKN MENGADAP SULTAN TERENGGANU, AL-WATHIQU BILLAH SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH.

YM Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara KP MKN , Majlis Keselamatan Negara, diberi perkenan untuk mengadap Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Negeri Terengganu Darul Iman di Istana Syarqiyyah pada 22 Nov 2023 yang lalu.
Dalam sesi mengadap tersebut, YM Raja Dato’ Nushirwan telah memberikan penjelasan terkait peranan Majlis Keselamatan Negara dan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dalam memastikan keharmonian serta kesejahteraan Negeri Terengganu sentiasa terpelihara.
Majlis Keselamatan Negara akan sentiasa memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan Negeri Terengganu untuk kemaslahatan rakyat dan negeri yang tercinta kerana Keselamatan Negeri Tanggungjawab Bersama.
Menjunjung kasih atas perkenan menerima YM Raja Dato’ KPKN mengadap.
Dirgahayu Tuanku.
DAULAT TUANKU

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …