MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI TERENGGANU TAHUN 2023.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Negeri Terengganu Bilangan 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 22 November 2023 jam 2.00 petang, bertempat di Pejabat Daerah Kuala Terengganu.
Mesyuarat kali pertama ini telah dipengerusikan oleh YM Raja Dato’ Nushirwan Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) KP MKN Majlis Keselamatan Negara,
Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat diadakan selaras dengan Arahan MKN No. 1 ini melibatkan pelbagai agensi seperti PDRM, ATM, Jab. Penerangan, Bomba Terengganu, Pejabat Daerah dan banyak lagi.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu keselamatan di Negeri Terengganu bersandarkan kepada Nilai Teras dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025
Terima kasih diucapkan kepada semua jabatan serta agensi negeri yang terlibat dalam mesyuarat ini.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …