JANGAN TAKUT LAPOR SALAH LAKU RASUAH DALAM ORGANISASI

Warga kerja tidak perlu takut untuk melaporkan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam organisasi masing-masing bagi membendung gejala tersebut daripada berleluasa.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail berkata, mereka tidak perlu bimbang kerana identiti setiap pemberi maklumat tidak akan didedahkan.

“Jangan takut nak laporkan jika ada perbuatan rasuah dalam organisasi kerana jika ada rasa takut kita tidak akan ke depan.

“Ia merupakan satu kewajipan dan menjadi satu kesalahan pula kalau tidak laporkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Pelan Anti Rasuah Organisasi Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd di sini pada Khamis.

Menurutnya, rasuah merupakan satu perbuatan keji baik dari sudut pandangan agama mahupun moral.

Tambahnya, ia bukan sahaja dalam bentuk wang tetapi juga sebarang bentuk pemberian atau tajaan yang mendorong seseorang individu untuk melakukan atau tidak melaksanakan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasminya.

“Selain itu salah guna kuasa pula berlaku apabila seseorang individu menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

“Seperti semua sedia maklum, rasuah merupakan isu kritikal yang perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh kerana ia boleh menyebabkan berlaku peningkatan pada jumlah kos modal dan pembangunan dalam apa jua program atau projek yang dilaksanakan,” katanya.

Tegasnya, rasuah bukan semata-mata kesalahan undang-undang, tetapi juga kesalahan sosial dan peradaban yang boleh menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua pihak terutama warga kerja rangkaian hotel berkenaan untuk berganding bahu menjadikan organisasi itu bebas daripada amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut