KENALI SIREN AWAL AMARAN BANJIR

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat

Keselamatan Dalam Negeri

Sebagai kesiapsiagaan menghadapi banjir, mari kita kenali Siren Amaran Awal Banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS).

Siren Amaran Awal Banjir ini berupaya mengesan aras air secara automatik. Terdapat dua jenis bunyi siren utama iaitu Bunyi Siren Amaran dan Bunyi Siren Bahaya.

Sistem ini turut dilengkapi sistem pemantauan bersepadu (Real-time Monitoring Telemetry). Ia berupaya memberi arahan daripada pusat kawalan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN) secara Voice Activated (Remote) ke Stesen Siren serta berkeupayaan menjangkau capaian sehingga 1-2 kilometer radius bergantung kepada keadaan topografi setempat.

Bunyi siren ini dapat membantu dan memudahkan penduduk serta agensi penyelamat melaksanakan operasi menyelamat dan pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

 

Sumber:

Jabatan Perdana Menteri

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …