LELAKI DIREMAN DISYAKI TERLIBAT PENYELEWENGAN MINYAK DIESEL

 

KOTA BHARU 12 Nov : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah membuat permohonan reman terhadap seorang saspek berumur 29 tahun di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan disini hari ini.
Permohonan telah dibenarkan tahanan reman selama 3 hari oleh Y.A. Tuan Amin Rashdi bin Ramli bagi tindakan melengkapkan siasatan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Terdahulu pasukan penyiasat KPDN menerima serahan kes melibatkan rampasan minyak diesel sebanyak 1,220 liter yang dijumpai bersama kenderaan Isuzu berpendaftaran tempatan.
Kejadian jam 8.00 malam di Lorong Maut, Kampung Neting, Pengkalan Kubor, Kelantan semasa anggota daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am menjalankan tugasan Op Taring Wawasan Kelantan “snap check” menahan seorang lelaki dipercayai membawa barang kawalan disyaki untuk diseludup ke negara jiran.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM 2 juta bagi perbadanan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …