POLIS TUMPAS SINDIKET EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM10 JUTA

November 9, 2023

SHAH ALAM, 9 NOV: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta di sekitar Klang dan Sungai Buloh, dekat sini, pada Selasa dan Rabu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata jenis dadah yang dirampas ialah ganja seberat 261.766 gram (g), heroin (216.051 g) dan heroin base (15.498 g) yang boleh dibekalkan kepada 2.38 juta penagih.

“Selain itu, polis menyita empat buah kenderaan jenis Toyota Vellfire, Honda Stream dan dua Honda City serta menyita sebuah akaun bank dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM269,229,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Hussein berkata kesemua 10 lelaki warga tempatan yang ditahan dipercayai ahli sindiket berusia lingkungan 18 hingga 44 tahun manakala hasil saringan ujian air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah.

Beliau berkata lima daripada 10 suspek berkenaan juga memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.

Menurut Hussein, pihaknya percaya dadah berkenaan diseludup masuk dari negara jiran di sebelah utara dan sindiket itu telah bergiat aktif mengedar dadah sejak awal Januari tahun ini.

Beliau berkata kejayaan menumpaskan sindiket berkenaan adalah hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Shah Alam.

Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 3 Nov bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …