KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN NEGERI KEDAH KEPADA KONSUL JENERAL MALAYSIA DI WILAYAH SONGKHLA

Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat kepada Konsul Jeneral Malaysia Wilayah Songkhla, Encik Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi di pejabat beliau, di Songkhla, Thailand, semalam.

Pertemuan empat mata ini merupakan kali pertama di antara kedua pihak sejak beliau dilantik sebagai Konsul Jeneral yang baharu. Dalam pertemuan hampir dua jam itu, pelbagai isu keselamatan telah dibincangkan terutamanya yang melibatkan jenayah rentas sempadan di antara Malaysia-Thailand dan isu-isu keselamatan di kawasan kedua-dua belah negara.

Kunjungan ini juga merupakan medan pertukaran informasi dan maklumat di samping bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kedua pihak. Beberapa perancangan masa hadapan juga telah dibincang dan dipersetujui bersama khususnya melibatkan gerak kerja keselamatan yang berkait khusus dengan Teras Keselamatan yang digariskan di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah dan Keselamatan Rakyat.

Pertemuan turut dihadiri oleh beberapa pegawai Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah dan Seksyen Kerjasama Pembangunan Sempadan Thailand (SKPST).

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …