JENAYAH DADAH: TANGKAPAN DI DAERAH BARAT DAYA PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: Keselamatan Rakyat

Penguatkuasaan Undang-Undang

Pada 8 November 2023, satu (1) tangkapan seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun di sekitar kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang telah dilaksanakan oleh pihak Polis Barat Daya, Pulau Pinang.
Semasa melakukan tugas Ronda Cegah Jenayah, Polis Barat Daya telah pergi ke alamat Kampung Genting, Balik Pulau dan telah menahan (1) lelaki dalam keadaan mencurigakan. Pemeriksaan lanjut telah dibuat dan menemui lebih kurang 0.53 gram disyaki dadah jenis ganja dan peralatan untuk menghisap dadah.
Ujian saringan air kencing ke atas suspek juga dapati positif dadah. Kes disiasat di bawah Sek 15 (1)(a) ADB 1952 dan Sek 6 ADB 1952.

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …