JUMLAH MISKIN TEGAR TURUN LEBIH SEPARUH DI NEGERI SEMBILAN

Seramai 1,746 daripada 3,530 ketua isi rumah (KIR) di Negeri Sembilan telah berjaya dikeluarkan daripada status miskin tegar. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, jumlah tersebut direkodkan sehingga 31 Oktober lalu berdasarkan statistik data E-Kasih seperti dilaporkan oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Negeri Sembilan.

Kerajaan negeri menerusi kerjasama pelbagai jabatan dan agensi akan mengambil inisiatif membantu lebihan yang masih berada di bawah kategori itu bagi memastikan miskin tegar dapat dinoktahkan di negeri ini hujung tahun ini.

Beliau telah mengarahkan pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk mengadakan mesyuarat berkalaseminggu sekali sehingga 31 Disember ini untuk membincangkan mengenainya.

Pihaknya juga telah mendapat kerjasama daripada banyak agensi dan beliau juga mahu agensi ini mempercepatkan proses mereka untuk membantu golongan miskin tegar ini dan jika masih ada masalah, pihaknya akan pastikan mereka ini dapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan negeri.

Menurut Aminuddin, selaras dengan sasaran kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan menjelang hujung tahun ini, agenda berkaitan kesejahteraan rakyat turut dibincangkan secara tetap di dalam mesyuarat MTPNg.

Tambahnya, ini bagi membolehkan kerajaan negeri memantau dengan teliti ke atas statistik kemiskinan di negeri ini dan seterusnya mengambil langkah-langkah terbaik untuk memastikan golongan miskin di negeri ini terus dibantu untuk keluar daripada kepompong kemiskinan

Beliau juga telah meminta agar semua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mengadakan lebih banyak program secara kolaborasi dalam usaha untuk memastikan golongan miskin di negeri ini terus mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pihaknya cuba yang terbaik dan kita akan dapatkan laporan dari semasa ke semasa untuk pastikan miskin tegar ini dapat kita sifarkan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …