CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN MINYAK PETROL GAGAL

 

TUMPAT 04 Nov : KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor, Tumpat telah mengadakan Ops Tiris di sempadan negara sekitar Kota Bharu – Tumpat, Kelantan pada hari ini.
Lokasi kejadian di tepi Jalan Cabang 3 Morak, Palekbang, Tumpat pada jam 6.00 pagi tadi telah menyita anggaran 1000 liter petrol diesel bersama sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan.
Terdahulu maklumat awam saspek mencurigakan telah membuat pembelian pengisian bahan bakar Petroleum di stesen-stesen minyak sekitar Kota Bharu – Tumpat, Kelantan.
Saspek diekori sejauh 15 km dari Taman Uda Murni, Kota Bharu Kelantan ke sempadan negara, namun saspek menyedari diekori memberhentikan kenderaan terus lari menghilangkan diri.
Pasukan membuat pemeriksaan keatas kenderaan tersebut dan menemui sejumlah 40 tong jerikin yang mengandungi minyak disyaki petrol. Kes ini akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …