LEBIH 1,500 ANGGOTA BOMBA SELANGOR SIAP SIAGA HADAPI MONSUN TIMUR LAUT

SEPANG – Seramai 1,553 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bersiap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku pada November 2023 hingga Mac 2024.

Pengarahnya Wan Md Razali Wan Ismail berkata kesemua anggotanya sudah menjalani latihan pengukuhan pengendalian bot dan latihan menyelamat di air.

“Kita turut menambah bot dari 46 kepada 81 unit dan pemeriksaan aset turut dilakukan secara berkala bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik ketika diperlukan.

“Kita turut dibantu pasukan bomba sukarela dan kerjasama dengan beberapa agensi lain bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku bencana ketika MTL.

Terdahulu beliau menghadiri majlis pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Menghadapi MTL dan Kempen Keselamatan Aktiviti Air yang disempurnakan EXCO Pengurusan Bencana Najwan Halimi di Taman Tasik Cyberjaya.

Wan Md Razali berkata cuti bagi semua anggota turut dibekukan mengikut keperluan dan waktu bekerja juga akan bertukar kepada 24 jam bergantung kepada situasi semasa.

Beliau menambah, pihaknya mengenal pasti 390 lokasi berisiko banjir dengan Hulu Langat mencatatkan bilangan kawasan tertinggi iaitu 78 dan Klang (65).

Manakala, beliau berkata Sepang turut mencatatkan lokasi berisiko banjir melibatkan 54 kawasan diikuti Kuala Selangor (51), Petaling (44), Gombak (33), Kuala Langat (30), Sabak Bernam (20) dan Hulu Selangor (15).

Sumber : Selangorkini

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …