PROGRAM 3M IPTA @ POLITEKNIK UNGKU OMAR : MAHASISWA TONGGAK KEPIMPINAN MASA HADAPAN

IPOH, 24 OKTOBER 2023 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak telah menganjurkan Program 3M IPTA: Mahasiswa Tonggak Kepimpinan Masa Hadapan bertempat di Dewan Warisan, Politeknik Ungku Omar.

Program ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Khairul Ridzuan bin Haji Mat Said, Pengarah Keselamatan Negeri Perak bersama pegawai-pegawai MKN Negeri Perak.

Turut hadir YBrs. Dr. Mohd Nor Azam bin Mohd Dali, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), YBrs. Tuan Haji Budi Alfahmi bin Mohd Zaid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar serta hampir 110 orang mahasiswa.

Sesi taklimat serta penerangan berhubung fungsi dan peranan MKN serta sesi dialog telah dikendalikan oleh Encik Khairul Amir Jamal, Penolong Pengarah Geraksaraf Perangsaraf (GSPS), MKN Negeri Perak.

Teras dan objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk menyelami isi hati mahasiswa serta mendapatkan cadangan serta pandangan mahasiswa dalam mencorakkan peribadi sebagai pemimpin masa hadapan.

Semoga pendekatan sebegini sedikit sebanyak dapat memberikan idea dan perspektif yang lebih jelas dalam memastikan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan adalah peranan daripada segenap lapisan masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

INFO KESIHATAN: TIPS KEKAL CERGAS DI PEJABAT.

Seharian terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda …
Maklumat Lanjut

JOM CAKNA: KENALI TAHAP MELECUR

Menurut KKM, melecur diklasifikasikan berdasarkan dalaman luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Tahap melecur dibahagikan kepada empat; Tahap Pertama …
Maklumat Lanjut

INFO KESIHATAN : MANFAAT & KEBAIKAN BUAH CEMPEDAK

1. Fungsi Mata Buah Cempedak adalah salah satu sumber alternatif vitamin A. Vitamin A ni sangat penting untuk kesihatan mata …
Maklumat Lanjut