POLIS PULAU PINANG BONGKAR MAKMAL PROSES HEROIN, RAMPAS DADAH RM1.87 JUTA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT

Pada 23 Oktober 2023 yang lalu, YDH CP Dato’ Khaw Kok Chin, Ketua Polis Pulau Pinang telah mengadakan Sidang Media “𝗞𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘂𝗺𝗽𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗻𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗱𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗗𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗛𝗲𝗿𝗼𝗶𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗯𝘂 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗗𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗛𝗲𝗿𝗼𝗶𝗻 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻 (𝟰) 𝗟𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀 (𝟰𝟵) 𝗦𝗹𝗮𝗯 𝗛𝗲𝗿𝗼𝗶𝗻 𝗕𝗮𝘀𝗲 𝗔𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘁 𝟭𝟴,𝟰𝟬𝟬 𝗚𝗿𝗮𝗺, (𝟴𝟳) 𝗕𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗛𝗲𝗿𝗼𝗶𝗻 𝗔𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘁 𝟮𝟯,𝟯𝟴𝟬 𝗚𝗿𝗮𝗺 𝗗𝗮𝗻 (𝟮) 𝗕𝘂𝗻𝗴𝗸𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗦𝘆𝗮𝗯𝘂 𝗔𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘁 𝟭,𝟱𝟬𝟳 𝗚𝗿𝗮𝗺 𝗕𝗲𝗿𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗥𝗠𝟭,𝟴𝟳𝟬,𝟴𝟬𝟬.𝟬𝟬 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴” yang berlangsung Dewan Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Pada 20 Oktober 2023, jam 09.00 malam hingga 23 Oktober 2023, 12.00 malam, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Pasukan Khas Siasatan Bersepadu Bukit Aman, Cawangan Khas Bukit Aman dan Pulau Pinang telah melancarkan operasi terancang di sekitar kawasan Pulau Pinang. Dalam operasi ini sebanyak (6) serbuan secara serentak telah dilakukan serta berjaya menangkap (4) lelaki tempatan berumur diantara 27 tahun hingga 33 tahun yang terlibat dengan aktiviti memproses dan mengedar dadah jenis heroin base, heroin dan syabu.
Dalam (6) serbuan di kawasan George Town dan Barat Daya, Pulau Pinang pihak polis telah berjaya membongkar sebuah makmal dadah haram memproses dadah heroin serta merampas pelbagai jenis dadah.
Hasil risikan mendapati aktiviti memproses dan pengedaran dadah oleh sindiket ini telah bergiat aktif sejak awal tahun ini untuk pasaran tempatan. Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 1,227,000 orang atau 1,227,000 kali penggunaan.
Semua tangkapan ditahan reman selama (7) hari bermula 21 Oktober 2023 sehingga 27 Oktober 2023 untuk siasatan.
Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, di mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang ini telah menyita (6) buah kenderaan dan barang kemas dengan jumlah keseluruhan sitaan ialah RM191,595.00. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM2,062,395.00.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan rotan yang tidak kurang daripada (12) sebatan bagi pesalah yang disabitkan kesalahan.
Sumber:

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut