NEGERI SEMBILAN USAHA DAPATKAN SALINAN PENULISAN, DOKUMEN BERKAITAN PENDETA ZA’BA

Kerajaan Negeri Sembilan akan menjalinkan kerjasama dengan pihak Arkib Negara Malaysia bagi memperoleh salinan-salinan penulisan dan dokumen berkaitan tokoh ilmuan dari negeri ini iaitu Allahyarham Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad atau Pendeta Za’ba.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd. Faizal Ramli, salinan dokumen dan buku tersebut kemudian akan diletakkan di Teratak Za’ba di sini untuk dijadikan sumber rujukan khususnya kepada generasi muda.

Beliau ada menerima jemputan dan melawat ke Arkib Negara Malaysia baru-baru ini untuk melihat koleksi dan dokumen yang dikekal dan dipulihara di situ, banyak juga dokumen dan penulisan berkenaan Pendeta Za’ba termasuk satu buku tebal hasil tulisan Pendeta Za’ba.

Apabila Pendeta Za’ba ini berasal dari Jempol, Negeri Sembilan, ia memberi kelebihan apabila pihaknya dapat berurusan dengan pihak Arkib Negara untuk dapatkan salinan untuk dijadikan rujukan ketika orang ramai datang ke Teratak Za’ba ini.

Bercerita mengenai perancangan kerajan negeri berkaitan Teratak Za’ba yang telah dirasmikan pada 2011 itu, Mohd. Faizal memaklumkan kawasan tersebut akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi menarik lebih ramai pengunjung ke situ.

Apa yang kurang akan ditambah baik dan ia mesti mendapat maklumat daripada pihak pengurusan dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan namun bagi saya soal warisan ini perlu selari dengan teknologi hari ini termasuk dalam aspek pendigitalan.

Kerjasama di antara kerajaan negeri dan Arkib Negara Malaysia itu bukan hanya terbatas mengenai Pendeta Za’ba sahaja malah kelak turut akan melibatkan perkara yang lain.

Perkara ini juga yang pihaknya akan bantu usahakan mengikut kesesuaian supaya dapat diwujudkan satu cawangan Arkib Negara Malaysia di Negeri Sembilan kerana ianya bukan hanya soal sejarah sahaja tetapi berkaitan dokumentasi dan kerajaan.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …