MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) BIL. 2/2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2023 telah diadakan pada 12 Oktober 2023 dan diurusetiakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Cow Kon Yeow.
Mesyuarat ini merupakan platform bagi semua agensi keselamatan dalam Negeri Pulau Pinang untuk membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan, kawalan sempadan perairan dan kedaulatan negara serta tindakan yang boleh diambil bagi menangani isu-isu berkenaan.
Turut hadir adalah YB Dato’ Haji Rosli bin Isa m, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YDH DCP Datuk Mohamed Usuf bin Jan Mohamad,Timbalan Ketua Polis Negeri, Encik Tajul Ariffin bin Muhamad, Pengarah Bahagian Pengurusan Krisis dan Perisikan Negara Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri serta ketua-ketua jabatan agensi keselamatan Negeri Pulau Pinang.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut