KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN NEGERI KE ATAS YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

Pengarah Keselamatan Negeri (PKN) Pulau Pinang telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas YAB Ketua Menteri Pulau Pinang pada hari 12 Oktober 2023.

Kunjungan hormat ini merupakan satu plaform perbincangan dan pertukaran pendapat antara MKN Pulau Pinang bersama-sama Pejabat Ketua Menteri bagi memastikan keterjaminan keselamatan dan kesejahteraan negeri.

Di kesempatan ini juga, PKN Pulau Pinang turut menyerahkan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang yang telah ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri kepada YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

MKN Pulau Pinang amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang atas kesudian beliau meluangkan masa menerima kunjungan hormat tersebut.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …