Belanjawan 2024: RM788.13 juta diperuntuk khusus bantuan awal persekolahan

PUTRAJAYA, 16 OKT: Sebanyak RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan Jumaat lalu, diperuntukkan khusus untuk tujuan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan disalurkan bermula Januari 2024, memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.

“Bayaran akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing,” menurut kenyataan itu susulan kebimbangan sesetengah pihak tentang ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.

KPM menjelaskan BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web khas https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung Belanjawan 2024.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …