SEORANG LELAKI DITAHAN DALAM CUBAAN SELEWENG 1250 LITER MINYAK DIESEL

 

BACHOK 26 Sept : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan pada telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Pasir Putih – Bachok, Kelantan dan sempadan negara disini hari ini.
Tindakan pada jam 7.00 petang semalam pasukan telah mengesan sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disyaki membawa minyak diesel didalam tong-tong yang dibawa bersama.
Terdahulu saspek dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar dijalan raya sekitar Kota Bharu, Kelantan membuat pembelian pengisian minyak diesel secara berulang di beberapa stesen minyak.
Seterusnya pasukan mengekorinya dan saspek menyedari diekori dalam keadaan cemas memecut kenderaan menghala ke Tumpat melalui jalan utama Jalan Semerak – Melawi – Kandis, Kelantan.
Walaubagaimanapun saspek berumur 26 tahun merupakan warga tempatan menghentikan secara mengejut dan membuka pintu terus melarikan diri, namun dapat ditahan oleh pasukan di Kg. Telong Kandis Bachok, Kelantan setelah diekori sejauh 10 km.
Pemeriksaan lanjut keatas kenderaan tersebut menemui anggaran barang kawalan 1250 liter didalam tong-tong disyaki ubahsuai dengan nilai rampasan anggaran sebanyak RM 2687.50, manakala kenderaan anggaran sebanyak RM 20,000.00.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …