MAINS EXECUTIVE TALK: INTEGRITI, KEBERKATAN REZEKI & MASA

Seramai 200 orang kakitangan pelbagai agensi di Negeri Sembilan telah hadir dalam program ‘MAINS Executive Talk’ pagi ini bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban pada 26 September 2023.

Program yang bertemakan ‘Integriti’ ini bertujuan meningkat dan memantapkan nilai-nilai murni seseorang pekerja dalam menegakkan prinsip integriti dan akauntabiliti ke arah mencapai satu sistem tadbir urus yang terbaik selain mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan bebas daripada salah laku.

Pengisian ceramah telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Dato’ Sri Akhbar Satar dan Penceramah Bebas, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Program telah dirasmikan oleh Setiausaha MAINS, Zainal Said diiringi sama Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MAINS, Mohamad Idris Ramli.

Sumber: FB MAINS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …