SEMUA BALAI BOMBA DI NEGERI SEMBILAN PANTAU SITUASI BANJIR

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah mengarahkan semua balai bomba di negeri ini untuk melakukan pemantauan 24 jam situasi banjir di negeri ini yang juga sebagai langkah menghadapi fasa peralihan monsun yang telah bermula.

Menurut Pengarahnya, Abdul Khair Osman, selain itu, seramai 1,221 orang anggota bomba di negeri ini juga telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ekoran hujan lebat yang sering melanda ketika ini.

Kesemua 20 buah balai bomba di seluruh negeri ini akan melaksanakan pemantauan banjir 24 jam susulan hujan lebat yang sering berlaku ketika ini. Seramai 1,221 orang anggota bomba termasuk 350 bomba sukarela juga akan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau turut menasihatkan penduduk setempat agar sentiasa berwaspada dengan maklumat terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia. Penduduk perlu berpindah segera sekiranya air sungai mula melimpah terutamanya kediaman yang terletak berhampiran sungai.

Mereka juga tidak digalakkan bermandi-manda di kawasan air terjun terutamanya semasa dan selepas hujan serta mengehadkan aktiviti menjaring ikan di kawasan berisiko. Beliau dalam pada itu memberitahu, terdapat sebanyak 17 lokasi berisiko insiden kepala air yang dikenal pasti di negeri ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …