JHEAINS: SERAH SEGERA BUKU SUHUF ABRAHAM, SUKA DUKA PERJALANAN DHUL-QARNAIN

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengarahkan mana-mana pihak yang menjumpai dua buah buku berjudul Suhuf Abraham dan Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain agar segera menyerahkannya kepada jabatan tersebut.

Menurut Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli, buku berkenaan dipercayai mengandungi fahaman yang meragukan umat Islam dan boleh mendatangkan kesan negatif terhadap akidah umat Islam di negeri ini.

Ia telah mula diedarkan di beberapa buah masjid di seluruh Negeri Sembilan. Sehubungan itu, semua pengerusi jawatankuasa surau dan masjid diarahkan untuk melaporkan dan menyerahkan buku tersebut kepada JHEAINS sekiranya ia didapati dan ditemui di masjid serta surau kariah masing-masing.

Mereka juga dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran dan penyebaran bahan penerbitan atau bacaan yang meragukan ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗠𝗢𝗧𝗢𝗦𝗜𝗞𝗔𝗟

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut

POLIS RAMPAS 3 SENJATA API BUATAN SENDIRI, TAHAN PEMILIK

KOTA BELUD (16 Mei): Polis menahan seorang lelaki dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri dalam serbuan di sebuah …
Maklumat Lanjut