PROGRAM SEMANGAT PATRIOTISME MILIK BERSAMA

GERIK, 12 September 2023 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik telah melaksanakan satu program yang melibatkan sesi perkongsian dengan melibatkan seramai 550 orang pelajar, guru dan PIBG.

Program ini dilestarikan dengan taklimat yang disampaikan oleh Encik Khairul Amir Bin Jamal (Penolong Pengarah MKN Perak) yang membawa tajuk “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”.

Selain itu, program turut diselangi dengan taklimat daripada YBhg. Datuk Abd Rashid Bin Harun, Mantan Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah, merangkap Bekas Komando 69 PDRM dengan tajuk “Semangat Patriotisme Milik Bersama” bersempena dengan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September 2023 nanti.

Melalui taklimat yang disampaikan, pelajar sama- sama memperoleh ilmu dan pengetahuan baharu berkaitan keselamatan negara dan fokus menjadi insan yag akan memimpin negara suatu masa nanti. Semangat yang diterapkan semasa taklimat juga membawa pelajar kembali menjaga adab dan pentingnya hormat kepada ibu bapa, guru, raja dan negara.

Turut hadir YBrs Puan Azizah Binti Arifin ( Pengetua SMK Gerik). Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang taklimat diberikan sangat memberangsangkan dan diharap berupaya untuk menjadi pemangkin dan iltizam di hari muka.KLIK SINI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …