ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA KEPADA PENJAJA JALANAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan advokasi keselamatan jalan raya kepada penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat sekitar Daerah Seremban pada 5 September 2023 lalu berikutan semakin ramai penjaja jalanan di simpang-simpang lampu isyarat. Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Tuan Hanif Yusabra Bin Yusuf bersama beberapa pegawainya hadir di lokasi Jalan Rasah dan telah membuat advokasi kepada penjaja jalanan.

Tujuan advokasi adalah untuk memberi kefahaman dan peringatan kepada peniaga atau penjaja serta pembeli mengenai risiko terlibat dalam nahas jalan raya terutamanya semasa trafik sedang sibuk di persimpangan lampu isyarat. Penjual dan pembeli juga terdedah dengan risiko kemalangan terutamanya ketika penunggang motosikal mencelah-celah di antara kenderaan.

Peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 menyatakan dengan jelas berkaitan kesalahan menjaja di persimpangan lampu isyarat. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan mengambil berat akan perkara ini.

JPJ menyeru kepada peniaga dan penjaja agar merujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan nasihat berhubung lokasi yang bersesuaian dan juga syarat lesen yang berkaitan bagi tujuan menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …