‘ELAK KE KAWASAN WANITA DISERANG BUAYA’

Nelayan yang menangkap ikan di Sungai Timun dekat sini termasuk bersempadan dengan Melaka dinasihatkan menjauhi lokasi seorang wanita cedera diserang buaya, baru-baru ini. Menurut Pengerusi MyKomuniti Perikanan (MyKP) Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Timun, Aripin Salleh, dia tidak mengetahui saiz reptilia yang menggigit wanita terbabit, namun berdasarkan buaya yang kerap kelihatan di kawasan berkenaan berukuran lima meter.Dalam kejadian di Sungai Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka itu, dia berada dalam jarak 50 meter dari lokasi wanita itu diserang di kawasan sungai yang berkeluk.

Mangsa pada waktu itu berada dalam perahu, hanya menjuntai kaki, namun, selepas itu, beliau terdengar dia menjerit meminta tolong dan memberitahu ada buaya. Beliau  kemudian menghidupkan enjin bot bagi menghalau buaya yang dia tidak nampak kerana buaya itu dikatakan masih di dalam sungai. Selepas itu, rakannya mengangkat mangsa ke dalam perahu dan dibawa ke Pengkalan Nelayan Sungai Timun dan dikejarkan ke hospital. Kakinya  dilihat cedera.

Beliau terkejut kerana ini pertama kali kejadian nelayan digigit buaya dan menasihatkan agar penduduk atau nelayan yang lain tidak pergi ke kawasan berkenaan bagi menangkap udang. Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Nurkaisa Ausad atau lebih dikenali sebagai Cik Nor, 65 cedera kaki kanan dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

Menurutnya, kejadian itu juga menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat kerana selain tidak pernah berlaku haiwan reptilia itu hanya memunculkan diri atau sekadar mengacah seperti melanggar sampan namun tiada insiden digigit buaya. Nelayan di sini semua tahu memang ada buaya. Buat masa ini kami nasihatkan elak pergi lokasi terjadi insiden itu. Tempat lain di sungai ini masih banyak lagi lokasi menangkap ikan serta mengecal udang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 1 September lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …