SAMPAI BILA NAK TERTUNGGAK BAYARAN SEWA?

KUALA LUMPUR, Isu penyewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar sewa bukanlah isu yang baru. Berbagai alasan diberi dalam keadaan DBKL telah membuka ruang untuk mereka ini datang berbincang. Dah bagi ruang tapi tak mahu pula datang berbincang 🤦🏻‍♂️.
Jadi DBKL melalui Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) sedang melaksanakan Operasi Kunci Air (OKA) ke atas penyewa-penyewa yang bertunggakan sewa ini. JPKKB telah melaksanakan di 2 kawasan PA/PPR iaitu PPR Perkasa dan PPR Seri Alam dan akan meneruskan OKA di kawasan-kawasan lain juga.
Ramai di luar sana yang menanti bertahun-tahun tapi masih tidak berpeluang untuk mendiami rumah PA/ PPR yang diuruskan oleh DBKL. Anda yang dah dapat, culas pula membayar sewa🤦🏻‍♂️
Jelaskan tunggakan sebelum tindakan kunci air dikenakan yang pasti akan menimbulkan kesulitan nanti.
Bayar Sewa, Jelas Tunggakan, Elak Tindakan.

SUMBER : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …