MAJLIS PERASMIAN TAMAN KOMUNITI KERAMAT WANGSA AU3

KUALA LUMPUR, Telah disempurnakan Majlis Perasmian Taman Komuniti Keramat Wangsa AU3 oleh YB Tuan Hj. Akmal Nasrulllah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Pembangunan Taman Komuniti ini telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan geran bernilai RM1 juta yang diterima atas kejayaan menggungguli tempat pertama dalam Anugerah Inisiatif Negara Taman pada Tahun 2019.
Projek ini melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal, trek jogging, laluan pejalan kaki, kawasan riadah dan kawasan lapang bagi aktiviti kemasyarakatan penduduk sekitar.
Sebagai simbolik perasmian, sebanyak 3 batang pokok jenis Syzygium Antisepticum (Blume) telah ditanam di Taman Komuniti tersebut. Turut diadakan pelbagai pameran dan reruai dari agensi kerajaan dan swasta.
   Turut menghadiri majlis tersebut adalah YBrs. Tuan Haji Suhaimi Bin Ali @ Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan Dan Kesejahteraan Komuniti KPKT, YBrs. Tuan Haji Mohamad Bin Hamim, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBrs. Tuan Roslee Bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, YBrs. LAr. Tuan Haji Zulkifli bin Endut, Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Ketua Jabatan dan agensi KPKT serta pegawai-pegawai DBKL.

SUMBER : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut