KASTAM RAMPAS DADAH BERNILAI RM32J DI KLIA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi rampasan dadah jenis 3,4 Methylenedioxymenthamphetamine (MDMA) bernilai RM32 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang, Selangor pada 29 Ogos lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, sepasukan anggota Kastam daripada cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah menyita sebanyak 36 buah kotak di Kompleks Kargo Udara, KLIA.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sebanyak 12 kotak mengandungi bungkusan plastik lutsinar pelbagai warna dan bentuk pil ekstasi yang mengandungi dadah jenis MDMA dengan berat kasar 436.2 kilogram.

Pemeriksaan ke atas baki 24 kotak pula menjumpai batu-bata. Modus operandi sindiket ini bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan cara mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai tools (perkakas) sedangkan di dalamnya terdapat kotak yang mengandungi dadah berbahaya dan batu bata.

Siasatan awal mendapati dagangan tersebut diimport dari sebuah negara di Eropah dan mendarat di Kompleks Kargo KLIA sebagai destinasi terakhir.  Hasil risikan mendapati pengimport menggunakan maklumat palsu di dalam dokumen pengimportan yang menyukarkan tangkapan dibuat ke atas pengimport dagangan tersebut.

Bagaimanapun, siasatan masih berjalan untuk mengesan suspek dibawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membanteras daripada diedarkan kepada 2.18 juta orang penagih dadah. Ia juga direkodkan sebagai rampasan terbesar daripada lima rampasan tahun ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

BEKERJALAH DENGAN HATI, BUKAN SEKADAR MENGEJAR GAJI

Kadangkala, bukan gaji yang membuatkan seseorang itu terus bertahan di tempat kerja, tetapi suasana yang baik, rakan sekerja yang saling …

PENTINGNYA REZEKI HALAL BUAT SANTAPAN KELUARGA

Mencari rezeki yang halal dan berkat merupakan satu amanah serta bentuk ibadah yang sangat mulia bagi seorang pekerja. Setiap titik …

WASPADA JERAT SINDIKET PERSUNDALAN ANTARABANGSA

Jerat persundalan merujuk kepada taktik manipulasi, paksaan, atau penipuan yang digunakan oleh sindiket jenayah untuk memperdaya dan menjerat individu ke …