DBKL ANGKUT, TUNDA DAN KOMPAUN KENDERAAN BUAT HALANGAN DI KAWASAN HOTSPOT PUSAT BANDAR

KUALA LUMPUR Jumaat 25 Ogos 2023 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Pegawai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan Tindakan Khas Angkut, Tunda dan Kompaun Kesalahan Lalulintas di Jalan Jalan Ampang Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 9.00 malam tadi (Khamis 24 Ogos 2023).
 
Menerusi tindakan khas lalulintas kali ini, DBKL mengeluarkan 67 notis kompaun , 24 tindakan tunda kereta dan 15 tindakan angkut motosikal terhadap pemilik/pemandu kenderaan yang membuat kesalahan halangan lalulintas termasuk meletak kenderaan di laluan awam dan tempat yang tidak dibenarkan menerusi Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER : DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …