NEGERI SEMBILAN PAPAR TOKOH KEMERDEKAAN DI PAPAN IKLAN GERGASI

Negeri Sembilan akan memaparkan sembilan Tokoh Kemerdekaan Anak Jati Negeri Sembilan di setiap papan iklan gergasi atau ‘billboard’ LED di seluruh negeri ini sempena Bulan Kebangsaan bermula Jumaat hingga 16 September ini.

Menurut Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, ia adalah sebagai platform mengangkat martabat figura terbabit yang banyak menyumbang terhadap usaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Negeri hendak mengetengahkan tokoh-tokoh dari Negeri Sembilan yang mempunyai sumbangan sewaktu kita mencapai kemerdekaan dahulu, dan lebih inovatif serta kreatif apabila ia akan dipaparkan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT). Rakyat secara keseluruhannya dapat melihat anak kelahiran negeri ini walaupun ada dalam kalangannya hanya diketahui sebagai tokoh anak tempatan sahaja.

Paparan sembilan tokoh inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan kerjasama rakan strategiknya itu antara lain bagi menyemarakkan dan menyemai rasa cinta terhadap negara bagi memeriahkan lagi Bulan Kemerdekaan.

Tokoh berkenaan merupakan pejuang kedaulatan Seri Menanti, Yamtuan Antah; panglima angkatan perang, Pendekar Siamang Gagap; Yang di-Pertuan Agung pertama Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman Almarhum Tuanku Muhammad dan pembaca doa hari Kemerdekaan Tanah Melayu, Datuk Syeikh Ahmad Mohd Said;

Turut dipaparkan Wanita Gelang Merdeka, Datuk Siti Rahmah Kassim; Pendeta Zaaba; Sarjan Hassan; pelombong bijih timah yang membangunkan daerah Kuala Pilah, Tauke Tung Yen dan tokoh lagenda badminton negara, Datuk Punch Gunalan.

Sementara itu, menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di Facebook rasminya, paparan tersebut merupakan hasil usaha dan dedikasi daripada tokoh kemerdekaan yang ingin menceritakan kisah keberanian, semangat patriotisme dan perjuangan hebat yang telah membentuk tanah air ini menjadi sebuah negara merdeka yang gemilang.

Adalah menjadi harapan bahawa paparan ini bukan sahaja menjadi sumber ilmu tetapi juga membangkitkan semangat cinta tanah air. Beliau juga menyeru agar semua pihak terus memelihara semangat patriotisme ini dan meraikan warisan perjuangan para pahlawan yang telah mengorbankan segalanya demi masa depan yang lebih baik.

Sumber:Β Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE ESSCOM

Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Raja Dato’ Nurshirwan bin Zainal Abidin …
Maklumat Lanjut