KURSUS KEMAHIRAN RUNDING CARA DAN JAWATANKUASA PENDAMAI TAHUN 2023

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Kursus Kemahiran Runding Cara dan Jawatankuasa Pendamai pada 18-20 Ogos 2023 (Jumaat-Ahad) bertempat di A’famosa Resort Hotel, Alor Gajah, Melaka.
Seramai tiga orang penceramah telah menyampaikan ceramahnya sepanjang kursus berlangsung iaitu YBrs. Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid, Pegawai Hal Ehwal Islam dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), YBrs. Encik Muhammad Khairul Amin bin Alias, Pegawai Psikologi dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dan YBrs. Tuan Rosdi bin Hanapi, Pendaftar dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP).
             
Perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Turut hadir, YBrs. Puan Rabihah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (KPNCR) Orang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan dan YBrs. Puan Warda binti Misnon, Ketua Penolong Pengarah, BPPK.
Seramai 24 peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Runding Cara, fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), fasilitator Anjung Khidmat Keluarga JAWI (AKUAJA) serta Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan.
SUMBER : JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …