OPERASI OPS HALANGAN DI LEBUHRAYA PLUS

Ops Halangan telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan PLUS Wilayah Tengah di lokasi Lebuhraya PLUS pada 31 Julai 2023, di Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan pada 9:00 malam dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan bantuan anggota PLUSRonda.

Ini merupakan satu inisiatif strategik berterusan menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan atas kesalahan-kesalahan lalu lintas yang boleh membawa kepada kemalangan terutamanya punca-punca halangan di lebuh raya demi keselamatan pengguna lebuh raya. Antara objektif penugasan operasi ini adalah untuk mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas, menguatkuasakan lain-lain kesalahan lalu lintas, pemeriksaan kenderaan dan juga pemandu.

Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 58 saman PDRM dikeluarkan, dan 123 notis dikeluarkan oleh JPJ kepada pesalah laku.

Jutaan terima kasih diucapkan oleh pihak PLUS kepada semua pihak yang terlibat.

#PLUS_Safety #PLUSxPDRM #PLUSxJPJ

Kementerian Kerja Raya Malaysia

Lembaga Lebuhraya Malaysia

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

SUMBER : https://www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗟𝗗𝗔𝗜 𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Tangkapan (1) …
Maklumat Lanjut

JEMAAH HAJI DIGALAK KERAP MINUM AIR, ELAK TERDEDAH CUACA PANAS

16 Mei 2024 MAKKAH – Cuaca panas dengan suhu antara 35 hingga 45 darjah Celcius boleh menyebabkan masalah kesihatan bukan …
Maklumat Lanjut

QR KOD ADALAH CARA YANG SANGAT EFEKTIF UNTUK MENANGANI MASALAH KESESAKAN. KINI TELAH DIBUAT DENGAN FASA SEKARANG ADALAH FASA PENGUJIAN

QR KOD ADALAH CARA YANG SANGAT EFEKTIF UNTUK MENANGANI MASALAH KESESAKAN. KINI TELAH DIBUAT DENGAN FASA SEKARANG ADALAH FASA PENGUJIAN …
Maklumat Lanjut