MENJAHIT JALUR GEMILANG

 Diamanahkan untuk menjahit Jalur Gemilang gergasi ternyata bukan sahaja mencetuskan perasaan bangga malah menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam jiwa Kamaruddin Samudin, 52, atau ‘Tailor Deen’, lebih-lebih lagi menjelang ulang tahun kemerdekaan negara ke-66.

Kamaruddin yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang jahitan berkata bendera gergasi berukuran kira-kira 12 meter panjang dan 6 meter lebar itu dihasilkan untuk kegunaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Presint 17RK1 di Putrajaya.

Berkongsi pengalaman, beliau mengakui tugas menghasilkan bendera gergasi itu agak rumit kerana perlu dilakukan secara teliti terutama pada bahagian anak bulan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan bintang pecah 14.

Kamaruddin berkata beliau yang dibantu rakannya Syahmi Ismail, 45, mengambil masa lebih dua hari untuk menyiapkan bendera gergasi itu, yang bertujuan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Perumahan Penjawat Awam 17RK1 berkenaan.

 

#Merdeka #Merdeka66 #Merdeka2023

#HKHM2023 #JalurGemilang

#KualaLumpur #Putrajaya

 

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …