Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pekenan atas pelantikan 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Kedah yang baharu.
Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan diadakan di Istana Anak Bukit, di sini pada jam 10 pagi tadi.
Menteri Besar Kedah, YAB Datoโ Seri Muhammad Sanusi Md Nor memegang portfolio terbesar iaitu Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral & Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035 dan Kerjasama Luar.
Sebanyak tiga EXCO yang dilantik semula dengan portfolio yang sama iaitu YB Datoโ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali (Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan); YB Datoโ Hajah Halimaton Shaadiah Saad (Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan) dan YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar).
Turut ditampilkan tujuh barisan EXCO muka baharu iaitu YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan,Pendidikan); YB Dr. Haim Hilman Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, dan Sains, Teknologi & Inovasi); YB Mejar (B) Mansor Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan); YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan); YB Datoโ Haji Mohd Salleh Saidin (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Keusahawanan); YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din (Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, dan Belia & Sukan) dan YB Wong Chia Zhen (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam, dan NGO).
Daripada 10 Exco yang menerajui Kerajaan negeri Kedah, enam mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), tiga mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan satu mewakili Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).
Pelantikan ini dibuat setelah Perikatan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos lalu, Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Sumber: Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)