DBKL SITA DAN TUTUP 3 CARWASH DIKENDALIKAN WARGA MYANMAR

KUALA LUMPUR,  Isnin 21 Ogos 2023 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui kerjasama Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak telah melaksanakan Tindakan Khas Pindah Halangan (Car Wash) Warga Asing Tanpa Kebenaran sekitar Taman Bukit Anggerik, Taman Bukit Cheras dan Taman Dahlia, Cheras Kuala Lumpur tengahari tadi.
Menerusi pemantauan dan pemeriksaan penguatkuasa DBKL secara berperingkat di sekitar kawasan Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini berkaitan terdapatnya aktiviti tempat cucian kenderaan (carwash) yang dikendalikan oleh warga asing.
Pada hari ini, 3 tindakan penguatkuasaan tutup serta merta (sealed) dan sita peralatan telah diambil ke atas 3 buah aktiviti carwash warga asing dari warga Myanmar dan 1 tindakan notis kompaun tanpa lesen terhadap pemilik warga tempatan.
3 tindakan penutupan dibawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976, 3 tindakan sita/pindah peralatan dibawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan 1 Notis Kompaun dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.
18 peralatan perniagaan seperti water jet, water pump, vacuum, generator, sabun pencuci dan lain-lain dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja untuk rekod dan dokumentasi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …